Pages

Friday 3 December 2021

Pengalaman company kedua setelah 5 bulan menganggur

Lepas aku berhenti kerja dari first company yang aku boleh bertahan selama sebulan tu.. aku pun menganggur 5 bulan. Menganggur bukan sebab apa… sebab memang aku apply kerja tak dapat. Punca tak dapat sebab aku takda pengalaman bekerja. Macam2 kerja aku apply.. and aku ada dapat satu syarikat insurance ni.. and jawatan dia sbagai associate apa tah.. so aku pun pg lah interview tu. position mcm best dengar. And bila aku pergi interview tu rupa rupanya open interview.. and aku syak mungkin sebagai insurance agent. Tapi at first aku tak tahu position ni mcm mana, after interview tu pun aku dapat kerja. Masa dekat syarikat diorg tu, diorg pun briefing la kerja tu mcm mana kan… tapi aku mmg tak sedap hati dah. Bukan apa, satu sebab area location tu mmg takda kedai makan.. rumah sewa pulak mahal…lepastu aku kena cari sales. So mmg aku tolak lah kerja tu. Aku almost give up dah nak apply mana mana kerja lepastu. Duduk rumah stress pikir pasal kerja.. sampai berat aku turun mendadak.. tak lalu makan.. 

Then lepas duduk rumah selama 5 bulan.. aku pun dapat satu syarikat ni.. which is company kedua aku la. Area penang mainland. Aku pun pergi lah interview and terus dapat kerja..siap ada rumah sewa lagi. Sebenarnya aku pun berat hati nak duduk rumah sewa sbb nak kna tggalkan family aku. Tapi aku paksa diri utk pergi juga sbb nk cari pengalaman. Company kedua ni..position aku sebagai hr admin asst. Gaji pun okay okay la as a fresh ni kan… since aku tak letak pun pengalaman first company tu. sebab sebulan je kan… jenuh aku nak jawab kalau dia tnya kenapa stay company tu sebulan je, better aku kosongkan. Haha. So lepas dapat company tu.. aku pun pergi lah kerja mcm biasa.. situ ramai jugak foreign worker… ramai jugak local. Masa sebulan dua bulan kerja situ..biasa la kena hadap stress. Stress sbb senior staff situ kuat menegur skit..  lepastu aku tak clear sgt pasal job description lagi… lepastu mcm2 ragam lah. Tetapi company ni still bearable lagi… aku boleh bertahan sampai setahun ja. 

Ha.. dekat sini la aku jumpa jodoh aku. Memang aku tak boleh expect langsung yang aku akan jumpa jodoh dkt situ. And kami pun mmg planning nak kawin lepas dia dapat company lain.. sebabnya nnt awkward jugak kalau kami kerja dekat situ…Kalau nak cerita bab ni mmg panjang… boleh buat satu cerita novel. Haha. 

So berbalik kepada company kedua ni.. aku berhenti kerja ni sbb sejujurnya aku tak belajar apa pun dekat situ… head department aku okay je.. baik… tapi kurang knowledge pasal hr admin… setiap hari aku dtg jenuh aku memikir apa yang aku kena buat. Mmg aku rasa position yang aku pegang tu sangat mudah and tak mencabar lgsung. Macam pergi kerja makan gaji buta…tak belajar apa… just buat kerja2 yang senang.. level2 spm je orang ckp. So mmg aku brhenti sebab aku tak tahan nak wayang wayang yang aku ni bnyak kerja sedangkan aku tak banyak kerja lgsung. Tapi masa last day aku nak brhenti kerja.. mmg semua staff situ sambut last day aku dengan baik… beli domino pizza laaa, buat makan2 and mcm2 lagi. Staff2 situ bila dah lama lama kenal ok je.. baik je… just mula2 je mmg stress dkt situ..  


No comments:

Post a Comment