Pages

Wednesday 1 December 2021

Pengalaman first company after degree

 First company as a fresh grduate !

Aku nak cerita sikit pengalaman aku masa aku habis degree. Masa tu pada bulan january, aku baru habis sangat degree. Then lepastu aku tekad nak apply terus masuk kerja swasta, kononya nak dapat kerja awal dari kawan kawan la kan. Aku ingat lagi masa aku apply tu lepas dari jawab last paper strategic management. Aku memang study hard gila paper tu, last2 soalan keluar semua benda general and critical thinking, mmg aku pun belasah je jawab. Habis paper tu mmg aku stress sangat2, tambah pulak dengan sakit aku ni. Okay sambung pasal aku apply kerja tu. Aku apply melalui jobstreet ja.. mmg masa tu aku buat resume siap2 then aku upload masuk je jobstreet. Aku pun apply je semua jenis jawatan dekat semua company area yang aku stay sekarang. Then tak lama lepastu, aku dapat interwiew satu jawatan ni, ERP assist. Masa aku dapat kerja ni, aku mmg tak tahu apa apa langsung pasal jawatan ni. Then aku pun baca la job description position tu.. and macam nak ke arah IT sikit. Aku pun tak cakap banyak lepastu, aku pun accept je interview sbb mmg aku happy sebab terus dapat interview kan. Boleh dikatakan, aku the first student yg dapat kerja ni dlu among yang lain. So aku pun pergi la interview tu… dekat je dengan rumah aku… dalam 30 minit camtu. Then sebelum nak pergi interview tu, aku pun study gila2 la camna nak jawab interview kan. Mmg masa tu hafal je, mmg kalau dia tanya benda yang aku tak hafal tu, mmg RIP la, haha. So keesokan harinya aku pun pergi interview tu. And Alhhamdulillah aku pun dapat jawab semua apa yang diorg tnya. Tapi, dia ada tanya aku, sebelum aku jadi permanent position tu, aku akan pergi training 3 bulan dekat rawang. So, aku tak pikir banyak, aku terus accept je. 

Balik dari interview tu, aku pun cerita semua benda dekat parents aku, and diorg pun tanya aku..betul ke yang aku ni boleh survive sorang2 dkt rawang. Then aku pun dengan yakin ckp boleh… lagipun susah nak dapat kerja kan zaman skrg. Habis dari training tu dah boleh kerja dekat tempat sndiri. Then aku pun pergi la rawang and parents aku pun bawak aku pg sana. Masa tu company bagi rumah semua. And nasib baikla ada lagi 2 orang kakak senior yang kerja dekat tempat aku training tu yang stay jugak dekat situ. And diorg mmg baik sangat2.. mula mula malu nak ckp dengan diorg and lama lama mmg kitorang ramah gila sebab suka gossip2. Haha. Then bermula la training sebagai ERP Asst. Paling menyedihkan sekali, aku hanya boleh bertahan sebulan ja dekat situ. End up aku gaduh teruk dengan head aku.. korang bayangkan, setiap hari aku pergi kerja, mmg pressure nak mampus.. aku tanya soalan dekat head aku mmg selalu kena marah.. bukan setakat kena marah, kena buli… kena jerkah… kena tegur… and cara dia ajar ku ni macam aku dah kerja position tu 10 tahun. Paling yang aku tak tahan skali, bila dia suruh aku sorang2 find out sendri kerja tu mcm mana, and suruh aku pergi jumpa semua department tanya pasal mcm mana nak buat kerja tu. And masa aku pergi dekat semua department.. diorg pun tak tahu nak ajar apa,,, and diorg pun kutuk head aku… diorg pun pernah cerita.. sebelum aku pegang position ni.. ada sorang yang pernah apply and tak lama juga dkt position ni. Mmg pressure…end up aku tak tahan, mmg aku mengamuk and marah. Memang kecoh habis lepastu,… satu company yang tempat aku training tu… semua ckp2 pasal kes aku ja. Then last2 mak and abang aku sendiri yang ambil aku dekat rawang. And angkut semua barang. 

So… pengajaran dekat sini… jangan terlalu cepat terima position tu as a fresh graduate… kaji dulu…and make sure yang apa yang kita belajar sepadan dengan position yang kita apply. Ok je kalau korang nak terus accept tapi end up takut jadi mcam kisah aku je… Zaman sekarang mmg susah nk dapat kerja… tapi aku rela tak dapat kerja dengan cepat dari aku kena suffer mcam2. Company pun tak okay sangat.. harap je besar.. So untuk korang as a fresher ni, goodluck and kaji dlu okay ! Restu parents penting.. kalau diorg ragu2 tu better tapayah la…

No comments:

Post a Comment